Pengangkutan Kota Linxia

Seorang anggota polis mengawal trafik di sebatang jalan di Linxia

Kota Linxia adalah pusat pengangkutan utama bagi Wilayah Autonomi Hui Linxia. Ia terletak di persimpangan dua jalan utama wilayah itu. Lebuhraya Kebangsaan China 213 (G213) menganjur dari timur laut hingga barat daya, dari Lanzhou menerusi Wilayah Yongjing dan Wilayah Autonomi Dongxiang hingga Kota Linxia, kemudian bersambung menerusi Wilayah Linxia hingga Wilayah Autonomi Tibet Gannan. Provincial route 309 (S309) comes from Lintao County in Dingxi City (to the east of Linxia Prefecture), and crosses Guanghe County and Hezheng County on its way to Linxia City; it then continues further west to Jishishan Bonan, Dongxiang and Salar Autonomous County.Laluan Wilayah 309 (S309) datang dari Wilayah Lintao di Kota Dingxi (ke timur Wilayah Linxia), dan merentasi Wilayah Guanghe dan Wilayah Hezheng dalam perjalanannnya ke Kota Linxia; ia kemudian bersambung lanjut ke barat hingga Wilayah Autonomi Jishishan Bonan, Dongxiang dan Salar.[9] Memandangkan ia menghubungkan Wilayah Lintao dengan lebuhraya yang menuju ke Lanzhou, ia sebenarnya memberikan laluan pantas perjalanan dari Kota Linxia ke Lanzhou berbanding G213.

Satu lagi laluan penting, yang belum ditetapkan sebagai lebuhraya kebangsaan atau negeri, memberi sambungan alternatif antara Kota Linxia dan Pekan Liujiaxia (Wilayah Yongjing). Ia menuju ke utara dari Kota Linxia, yang merentasi satu bahagian Wilayah Linxia dan kemudian, menggunakan feri, Takungan Liujiaxia, dan sampai ke Pekan Liujiaxia dari barat.[9][23]

Stesen Bas Selatan Linxia, dengan bas-bas menuju ke Lintao dan Xiahe

Terdapat tiga buah stesen bas di Kota Linxia.[24]

Stesen Bas Selatan, yang terletak berhampran jambatan Sungai Daxia yang menjadi laluan masuk S309 ke kota itu dari tenggara,[9] digunakan bagi bas-bas kerap (setiap sejam atau setengah jam) ke Lanzhou, Xiahe, Hezuo, Kangle, Hezheng. Stesen Bas Selatan dan Stesen Bas Barat (yang terletak di G213 di bahagian utara kota itu)[9] juga memiliki sejumlah pelepasan setiap hari ke bandar-bandar utama di serata Gansu dan ke Xining di Qinghai.[25] Stesen Bas Timur, yang terletak di G213 di pinggir timur laut kota itu, adalah hab utama bagi bas ulang-alik antara bandar-bandar utama di wilayah-wilayah berdekatan.

Tiada keretapi, lapangan terbang atau laluan air yang boleh dilayari berhampiran Kota Linxia,[9] tetapi limbungan Lianhua Tai (莲花台) yang popular, juga dikenali sebagai Lianhua Gudu (莲花古渡, "Feri Lama Lianhua"), di Takungan Liujiaxia di Wilayah Linxia yang bersebelahan bertindak sebagai pintu masuk marin Kota Linxia.[23]

Kota itu mempunyai satu sistem bas tempatan dengan 13 laluan.[25]

Rujukan

WikiPedia: Kota Linxia http://books.google.com.au/books?id=3leAld7M7p0C http://books.google.com.au/books?id=_hJ9aht6nZQC http://www.lx.gansu.gov.cn/E_ReadNews.asp?NewsID=5... http://www.linxiatravel.cn/traffic.asp http://www.chinalxnet.com/content/2009-11/19/conte... http://www.dalu.com/china/gansu/index37.html http://www.drugladney.com/articles/salafiyya.pdf http://books.google.com/books?id=4_FGPtLEoYQC http://books.google.com/books?id=dA_QbQiZkB4C&pg=P... http://books.google.com/books?id=hUEswLE4SWUC